Penerangan
Mesyuarat Penutup Audit Terhadap Pengurusan Perkhidmatan Pembentungan Di Negeri Sabah
Kajian Audit Terhadap Pengurusan Perkhidmatan Pembetungan Di Negeri Sabah telah dimulakan sejak bulan Mac 2022 dan satu mesyuarat penutup bagi kajian ini telah diadakan pada:-
??? Tarikh : 13 Oktober 2022, Khamis
? Masa : 0900 - 1340 hr
?? Tempat : Grand Hall, Wisma Tun Fuad, Kota Kinabalu
???? Pengerusi : Pengarah Jabatan Audit Negara Negeri Sabah
???????????? Wakil JAS Sabah : Pengarah JAS Sabah & PP(K) Chai
Pihak yang diaudit adalah Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sabah, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Majlis Perbandaran Sandakan, Majlis Perbandaran Tawau, Majlis Daerah Keningau.
Audit ini dijalankan dengan kerjasama dan bantuan daripada Jabatan Alam Sekitar.
Antara penemuan audit ke atas kajian ini adalah seperti berikut :-
?? Pengurusan Aset dalam Loji
?? Isu PindahMilik LRK oleh PBT kepada JPPS
?? Penyelenggaraan aset dan komponen di LRK
?? Kesan & hubungkait terhadap alam sekitar
?? Isu Kewangan
?? Hasil Pemeriksaan secara fizikal oleh Jab Audit
?? Aduan orang awam terhadap LRK & Aduan Alam Sekitar
?? Penguatkuasaan oleh JPPS & JAS ke atas LRK
Isu/Maklumbalas oleh JAS semasa mesyuarat
?? Pengerusi mohon maklumbalas JAS berhubung status terkini aduan bau di Bay21 - Pengarah JAS Sabah maklumkan bahawa tindakan telah diambil oleh pihak JPPS telah mengambil tindakan sewajarnya dengan kerjasama serta nasihat JAS. ?? JAS Sabah juga telah memberi respon berhubung penurunan status kualiti air marin di Sabah daripada tahun 2019 ke 2020
??TSUT KKR iaitu Edward Lingkopo mohon JAS bekalkan maklumat lokasi stesen pengawasan air marin dan sungai oleh JAS. JAS juga telah menerangkan keperluan competent person dalam mengendalikan LRK serta kerja persampelan.
?? Pengarah JAS Sabah juga telah memberi ulasan tambahan berhubung pengendalian aduan dan program penguatkuasaan bagi Loji Rawatan Kumbahan Swasta dan Kerajaan
?? JAS Sabah juga ditanya berhubung isu bau dan kaedah pengukuran bau yang terdapat di Malaysia. .JAS memaklumkan sedang membangunkan peraturan berkaitan bau yang masih di peringkat draf.