PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

LAPORAN KAJIAN “INTEGRATED RIVER BASIN MANAGEMENT (IRBM) PLAN FOR SUNGAI PAPAR, SABAH”

DOE Sabah 31/10/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAPORAN KAJIAN “INTEGRATED RIVER BASIN MANAGEMENT (IRBM) PLAN FOR SUNGAI PAPAR, SABAH”
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
31/10/2022
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>KOTA KINABALU

Penerangan

LAPORAN KAJIAN “INTEGRATED RIVER BASIN MANAGEMENT (IRBM) PLAN FOR SUNGAI PAPAR, SABAH” ?????? ??? : 5 Oktober 2022 (Rabu) ??: 9.00 pagi ??: Ibu Pejabat Perpustakaan Negeri Sabah Pengerusi: Pengarah Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai (JPS) Malaysia Wakil JAS: PP(K) MJJ CATATAN: ?? ? JPS Malaysia melantik pihak Konsultan Kumpulan (M) Sdn. Bhd. bagi menjalankan kajian IRBM bagi Lembangan Sungai Papar. JAS Sabah merupakan salah satu jabatan teknikal yang dilantik untuk memberikan ulasan dan bantuan input bagi melengkapkan kajian berkenaan. ? Skop kajian merangkumi jajaran sungai di dua daerah iaitu Penampang dan Papar dengan kepanjangan sungai sejauh 90km. ? Objektif kajian merangkumi perkara- perkara berikut: 1. Memastikan kecukupan bekalan air. 2. Memastikan bekalan air bersih. 3. Mengurangkan risiko berlakunya banjir, dan 4. Meningkatkan pemeliharaan alam sekitar. ? Semasa bengkel dijalankan, wakil JAS memaklumkan pihak konsultan boleh memperolehi data Sistem Pengurusan Indeks Kualiti Air Sungai melalui pautan rqims.doe.gov.my ? Pihak konsultan diminta untuk mengemukakan permohonan bertulis secara rasmi bagi mendapatkan data dan input daripada JAS. ? Wakil JAS juga memberikan ulasan data yang berkaitan dengan bidangkuasa JAS dan meminta pihak konsultan untuk meminda laporan yang dikemukakan kerana didapati beberapa data yang dimohon adalah tidak tertakluk di bawah JAS. ? Kajian akan diteruskan oleh pihak konsultan yang mana akan melibatkan lawatan ke tapak kajian. Sesi bengkel selanjutnya akan diteruskan selepas laporan dilengkapkan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan