Penerangan
SESI STACKHOLDER ENGAGEMENT BAGI "FEASIBILITY STUDY FOR INTEGRATED WATER RESOURCES AND FLOOD MITIGATION IN KOTA BELUD, SABAH" ??
?? Tarikh: 4 Oktober 2022 (Selasa)
? Masa: 9.00 Pagi - 5.00 Petang
?? Tempat: Grandis Hotel, Kota Kinabalu
??????? Kehadiran JAS Sabah: PP FM
?? Ringkasan Output Sesi Engagement:
?? Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Pengairan dan Salian Malaysia (JPS) sedang melaksanakan Feasibility Study For Integrated Water Resources And Flood Mitigation In Kota Belud, Sabah.
?? Syarikat Ranhill Consulting Sdn. Bhd. telah dilantik sebagai jurutera perunding bagi melaksanakan kajian ini bermula pada 15 Julai 2021 sehingga 15 Januari 2023.
?? Objektif kajian ini ialah bagi mengenalpasti penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang serta pelan penyelesaian menyeluruh untuk menangani isu kejadian banjir dan pengurusan sumber air secara bersepadu di Lembangan Sungai Kedamaian dan Kawang-Kawang.
?? Status terkini kajian telah berada di peringkat Draft Final Report dimana hasil kajian iaitu deraf pelan bersepadu tebatan banjir serta pengurusan sumber air telah siap. Sesi bersama pemegang taruh ini diadakan bagi mendapatkan maklumbalas dan padangan berhubung hasil kajian yang dinyatakan dalam draf Laporan Akhir berkenaan.
?? Sebanyak tujuh (7) topik hasil kajian yang dibentangkan oleh pihak perunding dan dibincangkan bersama semua pemegang taruh yang hadir dan dimaklumkan pihak JAS khususnya JAS Sabah telah membantu pihak perunding bagi mendapatkan data kualiti air sungai, inventori punca pencemaran air dari premis industri dan data projek EIA di kawasan kajian.