Penerangan
11 Oktober 2022 (Selasa), Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang mengadakan pameran atas undangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP). Pameran diadakan di Prangin Mall, Georgetown sempena majlis penutupan kempen kitar semula F&N dan poster peringkat sekolah 2022. Majlis penutupan disempurnakan oleh Dato’ Ar. Yew Tung Seang, Datuk Bandar MBPP.