Penerangan
MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL EIA (EIA TECHNICAL REVIEW COMMITTEE, EIATRC) BAGI LAPORAN PENILAIAN KESAN KEPADA ALAM SEKELILING (EIA) BAGI “PROPOSED PROCESSING OF PLASTIC GRANULES PLANT AT LOT 44 (IZ2), KKIP, KOTA KINABALU, SABAH” ???
?? Tarikh: 27 September 2022 (Selasa)
? Masa: 9.00 Pagi - 12.00 Tengahari
?? Tempat: Bilik Mesyuarat Sipadan, JAS Negeri Sabah, Kota Kinabalu
??????? Pengerusi: YBrs. Tuan Pengarah JAS Sabah
?? Agenda Mesyuarat:
?? Perutusan Pengerusi;
?? Taklimat oleh Penggerak Projek/Jururunding;
??????? Penggerak Projek: Pure Earth Plastics Sdn. Bhd.
??????? Jururunding EIA: Envsolve Sdn. Bhd.
?? Perbincangan mengenai Laporan EIA yang dikemukakan;
?? Hal-hal lain; dan
?? Rumusan Mesyuarat
?? Ringkasan & Rumusan Mesyuarat:
1?? Mesyuarat EIATRC ini telah dihadiri secara fizikal oleh seramai 22 orang yang mewakili Jabatan/Agensi di bawah kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, penggerak projek & jururunding EIA.
2?? Tujuan mesyuarat adalah bagi membentangkan dan membincangkan Laporan EIA yang telah dikemukakan oleh pihak penggerak projek, Pure Earth Plastics Sdn. Bhd. dan pihak jururunding EIA, Envsolve Sdn. Bhd. bagi cadangan aktiviti pembinaan kemudahan loji kitar semula plastik di KKIP, Sabah.
3?? Sebanyak 28 ulasan dan perkara yang dibangkitkan semasa mesyuarat oleh Jabatan dan agensi yang hadir termasuk ulasan daripada JAS Sabah.
4?? Pihak Penggerak Projek dan Jururunding EIA diminta untuk mengemaskini Laporan EIA dengan mengambilkira kesemua ulasan Jabatan dan agensi yang diutarakan semasa mesyuarat dalam tempoh sepuluh (10) hari iaitu selewat-lewatnya pada 7 Oktober 2022.
5?? Mesyuarat sebulat suara bersetuju memutuskan Laporan EIA boleh dipertimbangkan untuk kelulusan tertakluk kepada Laporan EIA Kemaskini dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan dan telah lengkap serta memenuhi garis panduan JAS.