PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

SESI LIBAT URUS UNTUK MELENGKAPKAN KAJIAN KEMUNGKINAN CADANGAN PEMBANGUNAN LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KOTA KINABALU (KKIA) BAHARU DAN HAB INDUSTRI-AEROTROPOLIS DI KIMANIS, DAERAH PAPAR, SABAH MELALUI SYARIKAT USAHASAMA ANTARA QHAZANAH SABAH BERHAD BERSAMA BEJAYA LAND BERHAD

DOE Sabah 31/10/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SESI LIBAT URUS UNTUK MELENGKAPKAN KAJIAN KEMUNGKINAN CADANGAN PEMBANGUNAN LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KOTA KINABALU (KKIA) BAHARU DAN HAB INDUSTRI-AEROTROPOLIS DI KIMANIS, DAERAH PAPAR, SABAH MELALUI SYARIKAT USAHASAMA ANTARA QHAZANAH SABAH BERHAD BERSAMA BEJAYA LAND BERHAD
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
31/10/2022
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>KOTA KINABALU

Penerangan

SESI LIBAT URUS UNTUK MELENGKAPKAN KAJIAN KEMUNGKINAN CADANGAN PEMBANGUNAN LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KOTA KINABALU (KKIA) BAHARU DAN HAB INDUSTRI-AEROTROPOLIS DI KIMANIS, DAERAH PAPAR, SABAH MELALUI SYARIKAT USAHASAMA ANTARA QHAZANAH SABAH BERHAD BERSAMA BEJAYA LAND BERHAD ?? ??? Tarikh: 26 September 2022 (Isnin) ?? Masa: 9.00 Pagi - 1.00 Petang ?? Tempat: Sabah International Convention Centre (SICC) ?????????????? Wakil JAS Sabah: Tuan Pgh ABA & PP FM ?? Ringkasan Laporan Sesi Libat Urus: ??????? Aktiviti yang dicadangkan adalah pembinaan baru Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan Hab Industri-Aerotropolis di Mandahan Estate, Kimanis, Papar, Sabah. ??????? Tujuan sesi libat urus diadakan adalah bagi mendapatkan maklumat-maklumat serta pandangan terhadap cadangan pembangunan peralihan lapangan terbang KKIA bagi memastikan kajian kebolehlaksanaan yang dijalankan dapat dilengkapkan secara tepat dan menyeluruh. ??????? Wakil JAS Sabah memaklumkan aktiviti yang dicadangkan adalah Aktiviti Yang Ditetapkan (AYDT) di bawah Jadual Kedua, Aktiviti 2(a): Pembinaan aerodrom baru yang melibatkan landasan terbang sepanjang 1000 meter atau lebih, Perintah EIA 2015. ??????? Kajian EIA yang dilaksanakan hendaklah berdasarkan garis panduan EIA JAS yang terkini iaitu "EIA Guidelines for Aerodrome Development, 2020". Dokumen TOR dan Laporan EIA perlu dikemukakan kepada JAS Ibu Pejabat, Putrajaya untuk kelulusan. ??????? Wakil JAS Sabah juga memaklumkan, semua permohonan data kualiti alam sekitar yang diperlukan bagi tempoh 2010 hingga 2021 (terkini) hendaklah dikemukakan kepada Seksyen Data, JAS Ibu Pejabat, Putrajaya. Input bertulis akan dikemukakan melalui email bagi memudahcara mendapatkan senarai data yang diperlukan untuk kajian ini. ??????? Wakil JAS Sabah juga menekankan mengenai keperluan untuk menyelesaikan isu berkaitan tanah dan zon perancangan tapak yang dicadangkan terlebih dahulu sebelum kajian EIA dilaksanakan bagi mengelakkan isu semasa peringkat mendapatkan kelulusan Laporan EIA.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan