Penerangan
13 Oktober 2022 (Khamis), Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang dengan kerjasama Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) telah mengadakan program penanaman Pokok Bakau bersempena Hari Alam Sekitar Negara 2022 di Pusat Pendidikan Kecil Hutan Paya Laut. Puan Sharifah Zakiah Syed Sahab, Pengarah JAS Pulau Pinang dan Encik Faisal Shahbudin, Ketua Pegawai Eksekutif JKSB telah melancarkan program tersebut. Sebanyak 500 anak pokok bakau ditanam pada hari tersebut dan melibatkan juga Persatuan Kebajikan Nelayan-Nelayan Pantai Pulau Pinang (PIFWA)