Penerangan
CAMERON HIGHLANDS, 07 Oktober 2022 - Jabatan Alam Sekitar Cawangan Cameron Highlands telah dijemput menyampaikan Ceramah Kesedaran Alam Sekitar yang disertai pihak Pengurusan Felcra Zon A-15 bertempat di Bilik Seminar Kelab Golf Sultan Haji Ahmad Shah, Cameron Highlands.
Ceramah Kesedaran Alam Sekitar telah disampaikan oleh Ketua Cawangan iaitu Ts. Hj. Mohd Radzi bin Ridzuan dan Penolong Pegawai Kawalan Kanan Pn. Rosmawati binti Mamat.