Penerangan
JERANTUT, 1 Oktober 2022 - Majlis Pra Pelancaran Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2022 dan Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Daerah Jerantut telah berlangsung di Medan Letak Kereta, Kuala Tahan yang telah dilancarkan oleh YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man, Menteri Alam Sekitar dan Air.
Antara aktiviti ialah pendaftaran keahlian Rakan Alam Sekitar (RAS), pertandingan mewarna alam sekitar, aktiviti gotong - royong kutip sampah sambil riadah (KUDAH) dengan penyertaan ahli Rakan Alam Sekitar (RAS).
Turut hadir bersama ialah YBhg. Dr Ching Thoo A/L Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembetungan) KASA, YB Ustaz Mohd Zakhwan bin Ahmad Badarddin, Ahli Dewan Negeri Tahan, YB Tuan Haji Zuridan bin Mohd Daud, Ahli Dewan Negeri Damak, YBhg. En. Wan Abdul Latiff bin Wan Jaffar, Ketua Pengarah JAS, YBhg. Dato’ Ir. Dr. Md. Nasir Bin Md. Noh, Ketua Pengarah JPS, dan Dr. Norhazni binti Mat Sari, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JAS.