Penerangan
TEMERLOH, 01 Oktober 2022 - JAS Cawangan Temerloh dan pihak IPD Temerloh telah menemui pencemaran bahan cecair disyaki bahan kimia berbau kuat kawasan ladang sawit Kg. Belenggu.
Pihak JAS menyiasat kes ini dibawah Seksyen 34B, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Beberapa orang yang disyaki terlibat telah ditahan bersama dengan kenderaan yang digunakan. Sampel telah diambil di lokasi dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa selanjutnya. Tindakan perundangan akan diambil setelah keputusan analisa kimia diterima.