Penerangan
KUANTAN, 19 September 2022 - Mesyuarat bagi membincangkan strategi dan tugasan yang perlu dilakukan bagi melancarkan sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) peringkat kebangsaan yang dirancang akan diadakan di Kuantan, Pahang pada 22 Oktober 2022 telah diadakan di Pejabat JAS Negeri Pahang.
Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Dr. Norhazni binti Mat Sari, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JAS Malaysia. Turut hadir Ybrs. Puan Zuraini binti Ahmad Tajudin, Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik dan pegawai-pegawai kanan dari JAS Ibu Pejabat.