Penerangan
KUANTAN, 14 September 2022 - Mesyuarat bagi membincangkan persediaan Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Kuantan, Pahang pada 22 Oktober 2022 telah diadakan di Pejabat JAS Negeri Pahang yang dihadiri oleh semua pegawai-pegawai kanan jabatan.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh pemangku Pengarah JAS Pahang, Tn. Hj. Muhammad Hisyam bin Abdullah membincangkan strategi dan tugasan yang perlu dilakukan bagi melancarkan sambutan HASN 2022.
Jangan lupa untuk hadir ke Sambutan HASN dan sama-sama memeriahkan program-program menarik yang bakal diadakan nanti ya.