Penerangan
KUALA LIPIS, 6 September 2022 - Pegawai Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Cawangan Cameron Highlands telah menjalankan penguatkuasaan, pemantauan dan pencegahan di sekitar Daerah Cameron Highlands dan Daerah Lipis.
Penguatkuasaan dijalankan terhadap Loji Rawatan Air di sekitar Daerah Lipis untuk memastikan loji beroperasi dalam keadaan yang baik dan mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Selain itu, pemantauan turut dijalankan terhadap premis yang telah dikenakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) bagi memastikan premis tersebut tidak beroperasi semula.