Penerangan
29 September 2022 - Satu mesyuarat dan lawatan tapak ke asrama pekerja bagi cadangan pemakaian garis panduan perancangan penginapan pekerja berpusat (Centralised Labour Quarters-CLQ) oleh PLANMalaysia telah diadakan bertempat di PLANMalaysia Johor, Johor Bharu. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) dihadiri oleh wakil dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan PLANMalaysia seluruh Malaysia dan agensi yang terlibat seperti JAS Ibu Pejabat, BOMBA, CIDB & JTKSM.
#KementerianAlamSekitarDanAir
#JabatanAlamSekitar
#BahagianPenilaian
#AlamSekitarTanggungjawabBersama
#MalaysiaLestari2030