PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kes-kes Alam Sekitar|Peralatan Teknikal|Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS|Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan|Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

BENGKEL MAJLIS PENYERAHAN BUKU PELAN TINDAKAN PEMBERSIHAN PANTAI AKIBAT TUMPAHAN MINYAK ANJURAN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA TAHUN 2022

DOE Melaka 11/10/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
BENGKEL MAJLIS PENYERAHAN BUKU PELAN TINDAKAN PEMBERSIHAN PANTAI AKIBAT TUMPAHAN MINYAK ANJURAN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA TAHUN 2022
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
11/10/2022
Organisasi
DOE Melaka

Penerangan

13 September 2022, MELAKA -Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah mengadakan Bengkel Pelan Tindakan Pembersihan Pantai Akibat Tumpahan Minyak pada 13 September 2022 hingga 15 September 2022.  Tujuan bengkel ini diadakan bagi mendedahkan dan menyenaraikan bidangkuasa dan tugas-tugas Agensi-agensi dan Jabatan yang terlibat serta sebagai garispanduan yang boleh diguna pakai oleh pelbagai agensi kerajaan di Negeri Melaka apabila berlaku kes tumpahan minyak di laut persisiran pantai Negeri Melaka. Objektif bengkel ini adalah sepeti berikut:
  • Membuat penyerahan pelan terkini yang bertajuk Pelan Tindakan pembersihan Pantai yang telah dikemaskini oleh JAS Negeri Melaka kepada semua Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri Melaka yang berkaitan.
  • Memberikan pendedahan teknik asas pembersihan pantai. Memberi penerangan dan tanggungjawab bidangkuasa serta bidang tugas setiap Jabatan / Agensi apabila berlakunya kes tumpahan minyak di laut persisir pantai Negeri Melaka yang terlibat akibat pencemaran laut dengan ’Oil Spill Cleaning  Excercise’.
  • Meningkatkan kemahiran dalam pelaksanaan perancangan, kaedah dan strategi pembersihan tumpahan minyak di laut dan darat yang berkesan menggunakan peralatan-peralatan kawalan tumpahan minyak yang tepat.
Bengkel Pelan Tindakan Pembersihan Pantai Akibat Tumpahan Minyak ini telah diadakan di Puteri Bayu Beach Resort , Pulau Pangkor, Perak. Seramai 59 Orang peserta yang terlibat dan telah dirasmikan oleh Dato Zaidi bin Atan, Exco Perumahan Kerajaan  Tempatan dan Alam Sekitar Negeri Melaka. #KementerianAlamSekitarDanAir #jasnegerimelaka #AlamSekitarTanggungjawabBersama