PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

BENGKEL PEMURNIAN PELAKSANAAN PELAN STRATEGIK AGENDA PERLIS BERSIH SIHAT (2021-2025)

DOE Perlis 03/10/2022 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
BENGKEL PEMURNIAN PELAKSANAAN PELAN STRATEGIK AGENDA PERLIS BERSIH SIHAT (2021-2025)
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
30/09/2022
Organisasi
DOE Perlis
Lokasi
Perlis

Penerangan

20 September 2022, Kangar - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis telah menghadiri bengkel pemurnian pencapaian Pelan Strategik Agenda Perlis Bersih Sihat (2021 -2025) untuk dibentangkan kepada Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis. Agenda Perlis Bersih ini merangkumi 5 Teras Strategi Utama melalui pelaksanaan 44 program dan 145 aktiviti yang bertujuan untuk mewujudkan sebuah negeri yang bersih, sihat, indah, mampan dan sejahtera melalui pembudayaan amalan kebersihan diri, penjagaan kesihatan keluarga, komuniti dan masyarakat dalam usaha melestarikan alam sekitar. Antara agensi yang terlibat adalah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Pejabat Penasihat Undang-Undang, Majlis Perbandaran Kangar, SW Corp Perlis, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Kesihatan, Jabatan Penerangan, Jabatan Pengairan Dan Saliran, Jabatan Belia Dan Sukan dan lain-lain agensi kerajaan, dan badan bukan kerajaan. Setiap agensi yang hadir akan mengemaskini data berkaitan aktiviti berkaitan pelan strategik yang telah di gariskan bagi tahun 2021, 2022 yang telah dicapai dan perancangan sehingga tahun 2025. Jalinan kerjasama antara setiap agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, swasta dan masyarakat setempat penting untuk mencapai hasrat kerajaan untuk mewujudkan alam sekitar yang lestari. Setinggi penghargaan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis atas jalinan kerjasama yang diberikan. #kementerianalamsekitardanair #jabatanalamsekitar #jasperlis #alamsekitartanggungjawabbersama #jasperlis_september2022

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan