PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

YB EXCO ALAM SEKITAR RASMI PROGRAM SAMBUTAN HARI OZON SEDUNIA DAN MAJLIS PENGANUGERAHAN SEKOLAH LESTARI PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

DOE Terengganu 29/09/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
YB EXCO ALAM SEKITAR RASMI PROGRAM SAMBUTAN HARI OZON SEDUNIA DAN MAJLIS PENGANUGERAHAN SEKOLAH LESTARI PERINGKAT NEGERI TERENGGANU
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
29/09/2022
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

Kuala Terengganu, 21 September 2022, – YB Dato’ Dr. Haji Alias bin Razak, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan Dan Alam Sekitar Negeri Terengganu, telah hadir merasmikan majis sambutan Hari Ozon dan Majlis Anugerah Sekolah Lestari Peringkat Negeri Terengganu. Pengarah, Jabatan alam Sekitar Negeri Terengganu, YBrs. Encik Ramli bin Abd. Rahman, turut hadir mengiringi YB menjadikan majlis ini bertambah meriah dengan kehadiran 250 orang peserta . Majlis berlangsung di Dewan Cenderawasih, Pejabat Daerah Kuala Nerus. Penganjur utama, Jabatan Alam Sekitar mendapat kerjasama rakan strategik dalam menjayakan program ini, selain pelbagai aktiviti telah disediakan, antarnya sesi ceramah dari Universiti Malaysia Terengganu dan Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu. Pameran Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu dan demonstrasi penggunaan mesin Refrigerent Identifier (RI) turut diadakan bagi memberi pendedahan dan perkongsian maklumat kepada semua yang hadir dalam usaha kita memberi kefahaman terhadap pelindungan lapisan ozon. . JAS Terengganu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Dato’ Exco Alam Sekitar, Kerajaan Negeri Terengganu, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Pejabat Daerah Kuala Nerus di atas kerjasama dan komitmen ni. JAS amat yakin, program kesedaran alam sekitar seperti ini dapat memupuk kesedaran tentang penjagaan alam sekitar terutamanya kepentingan pengekalan lapisan ozon yang kita pinjamkan dari generasi masa depan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan