Penerangan
KEMAMAN, KHAMIS ,29 September 2022- Penglibatan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu dalam program-program yang berkonsepkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar melalui kempen-kempen kesedaran alam sekitar yang dianjurkan oleh pihak industri di negeri ini sentiasa disokong.
Program “ Fun Run” anjuran Petronas Carigali sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2022, yang bakal disambut pada 21 Oktober ini, di peringkat Kebangsaan ,telah disertai oleh pegawai penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu (Cawangan Kemaman) bersama pihak pengurusan penganjur dan komuniti setempat di daerah Kemaman.
Menurut penganjur, program yang bertemakan keceriaan alam sekitar ini memberi peluang kepada peserta dalam menghargai alam sekitar selaras dengan slogan samnbutan HASN 2022 "Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama" .
JAS sentiasa yakin dan komited, program-program kesedaran dan pemuliharaan alam sekitar ini akan sentiasa disokong oleh semua lapisan masyarakat demi mengekalkan kelestarian alam sekitar di negeri Terengganu ini.