Penerangan
KUALA TERENGGANU, SELASA, 27 SEPTEMBER 2022- Perkongsian berkaitan amalan baik pengurusan sisa/3R sebagai sebahagian daripada Program Konvesyen 5S PLUS, telah diadakan pada 20 hingga 22 September 2022 ,di Kuala Terengganu.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah dijemput bagi menyempaikan ceramah kepada 37 pegawai yang menguruskan kemudahan komersial dari 17 Pejabat-Pejabat Seksyen di bawah kendalian PLUS seluruh Malaysia.
Inisiatif pihak PLUS dalam penganjuran program ini, sebagai usaha penambahbaikan bagi memberi galakan kepada semua pegawai yang terlibat dalam meningkatkan aktiviti 3R di kemudahan Komersial masing-masing.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu, merakamkan ucapan setinggi-tingggi terpenghargaan di atas komitmen pihak penganjur dalam melestarikan alam sekitar untuk kesejahteraan pengguna-pengguna lebuhraya.