Penerangan
KUALA TERENGGANU, 11 SEPTEMBER 2022, Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu sentiasa menyokong dan memberi komitmen dalam aktiviti-aktiviti kesedaran dan pendidikan alam sekitar demi meningkatkan kelestarian alam sekitar di negeri ini.
Penglibatan ini terbukti melalui penyertaan JAS Terengganu sempena forum awam bertajuk “ Hutan Semulajadi Terpelihara, Rakyat Sejahtera yang telah dianjurkan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Terengganu pada 7 September 2022 yang lalu, berlansung di Dewan Konvensyen, Tingkat 2, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.
Jabatan Alam Sekitar sentiasa yakin dengan perkongsian maklumat melalui aktiviti pameran ini, akan memberi pendedahan baru kepada peserta forum mengenai fungsi dan peranan jabatan/agensi terhadap perlindungan ekosistem serta pemuliharaan bioderversiti di negeri ini.