PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

LAPORAN RONDAAN, PEMANTAUAN PREMIS DAN OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI TERFENGGANU

DOE Terengganu 29/09/2022 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAPORAN RONDAAN, PEMANTAUAN PREMIS DAN OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI TERFENGGANU
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
29/09/2022
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

TARIKH: 10 SEPTEMBER 2022 (SABTU) PENEMUAN: Rondaan hari ini, melibatkan Ajil, Wakaf Tapai, Bukit Diman, daerah Hulu Terengganu, Jerangau, Bukit Besi, Paka, Kuala Dungun,daerah Dungun, daerah Marang dan Chendering, daerah Kuala Terengganu. Hasil rondaan yang melibatkan empat (4) daerah ini, tiada pembakaran terbuka dikesan. Walau bagaimanapun, pemasangan banner larangan pembakaran terbuka tealh dibuat di kawasan pembukaan tanah di Kg. Pulau Kerengga, Marang. Tindakan proaktif ini diambil sebagai amaran keras agar aktiviti tersebut tidak diteruskan oleh individu terlibat. Pemantauan kilang-kilang di Kawasan Perindustrian Paka dan Kawasan Santong, daerah Dungun didapati tiada aktiviti yang mencurigakan ditemui. Pemantauan di tapak pelupusan sampah Bukit Ayak, Paka,daerah Dungun juga didapati tiada pembakaran terbuka dikesan. Pemantauan di Pantai Jambu Bongkok, Merchang, daerah Marang juga tidak menemui kesan-kesan tumpahan minyak dan aktiviti yang mencurigakan. KESIMPULAN: Tiada aktiviti pembakaran terbuka dikesan dan tiada aktiviti yang mencurigakan ditemui yang tertakluk di bawah bidang kuasa Jabatan Alam Sekitar dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan