Penerangan
TARIKH : 10 SEPTEMBER 2022 (SABTU)
PENEMUAN:
Pasukan Penguatkuasa hari ini telah menjalankan rondaan di sekitar Gong Limau,Mak Chili,Ibok,Yak Yah,Paman,Padang Kemunting,Bukit Anak Dara,Bukit Kuang,Teluk Kalong,Kawasan Perindustrian Teluk Kalong,Bakau Tinggi,Gong Pauh,Kg.Besut dan Chukai.Tiada kebakaran dikesan sepanjang rondaan dijalankan.
Pemantauan premis turut dijalankan di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong, tiada aktiviti yang mencurigakan dikesan.
KESIMPULAN:
Tiada aktiviti pembakaran terbuka dikesan dan tiada aktiviti yang mencurigakan ditemui yang tertakluk di bawah bidang kuasa Jabatan Alam Sekitar dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.