Penerangan
TARIKH : 9 SEPTEMBER 2022 (JUMAAT)
PENEMUAN:
Rondaan melibatkan sekitar kawasan Chukai, Geliga, Jakar, Gong Limau, Bukit Kuang, Telok Kalong, Kijal dan Kemasik. Tiada kebakaran dikesan sepanjang rondaan dijalankan.
Pemantauan di kawasan penempatan kilang-kilang yang beroperasi telah dijalankan di Kawasan Perindustrian Telok Kalong.Tiada aktiviti yang mencurigakan daripada premis yang dipantau sepanjang rondaan.
Rondaan juga dijalankan di kawasan penempatan infrastruktur, “ Check DAM” di Kemasik, didapati, keadaannya berfungsi dengan baik untuk membekalkan air sekiranya berlaku kebakaran di kawasan ini.
KESIMPULAN:
Tiada aktiviti pembakaran terbuka dikesan dan tiada aktiviti yang mencurigakan ditemui yang tertakluk di bawah bidang kuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.