PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

JAS TERENGGANU MENYERTAI PROGRAM “ GPK FIT & CLEAN “ ANJURAN PETRONAS GAS BERHAD (PGB)

DOE Terengganu 29/09/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS TERENGGANU MENYERTAI PROGRAM “ GPK FIT & CLEAN “ ANJURAN PETRONAS GAS BERHAD (PGB)
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
29/09/2022
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KEMAMAN, RABU, 28 September 2022 - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu sentiasa menyokong program-program kelestarian alam sekitar yang dianjurkan oleh mana-mana pihak di negeri ini. Komitmen ini dibuktikan melalui penyertaan Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu pada Program GPK Fit & Clean yang diadakan di pantai Awana Kijal, Kemaman anjuran Petronas Gas Berhad-Gas Processing Kertih (PGB-GPK). Program ini telah mendapat sambutan dengan dihadiri seramai 150 orang peserta terdiri daripada kakitangan PGB-GPK, pegawai penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu Cawangan kemaman dan barisan kepimpinan GPU. Menurut penganjur, program yang bertemakan kesihatan pekerja dan kebersihan alam ini menyasarkan pendedahan kepada aktiviti fizikal di samping melakukan khidmat komuniti dalam membersihkan pantai Awana Kijal sepanjang 7.5 km yang boleh membantu dalam pembangunan ekonomi pelancongan negeri Terengganu. Hasil daripada aktiviti tersebut, sebanyak 730.8 kg sampah telah berjaya dikutip dan dibersihkan di pesisiran pantai tersebut yang kebanyakannya terdiri daripada botol plastik, kaca, tayar dan polisterin yang dihanyutkan ombak. Semoga usaha berterusan ini mendapat sokongan daripada semua lapisan masyarakat demi mengekalkan kelestarian alam sekitar di negeri Terengganu ini.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan