Penerangan
SETIU,TERENGGANU, 17 SEPTEMBER 2022- Ahli Parlimen Setiu, Yang Berhormat Ustaz Shaharizukimain Abdul Kadir, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu, Encik Ramli Abd. Rahman dan Pengerusi Masjid Putera Jaya, Setiu Terengganu, Tuan Haji Romeli Ismail, semasa berucap pada majlis penutup program ini yang diadakan di Masjid Putera Jaya, Setiu Terengganu telah sama-sama menyarankan agar masyarakat terus menyokong program ini, atas semangat kerjasama untuk memelihara kelestarian alam sekitar .
E-waste dan minyak masak terpakai yang dikumpulkan dengan kerjasama komuniti setempat ini, dijual kepada syarikat yang berlesen dengan Jabatan Alam Sekiktar dan Pihak Berkuasa Tempatan.
Hasil daripada penjualan ini, akan digunakan untuk manfaat pembangunan masjid. Ini merupakan antara bentuk amal jariah yang boleh dipraktikkan melalui penjualan barangan kitar semula.
Pihak pengurusan masjid akan terus melaksanakan program ini demi tanggungjawab untuk membantu masyarakat menguruskan buangan ini mengikut kaedah yang betul dan selamat.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini.