PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

PENGLIBATAN JAS TERENGGANU PADA PROGRAM KESEDARAN KEBERSIHAN DAN PEMBUANGAN SISA PEPEJAL & KUMBAHAN KEPADA OPERATOR RUMAH BOT/BOT LAJU TASIK KENYIR

DOE Terengganu 29/09/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENGLIBATAN JAS TERENGGANU PADA PROGRAM KESEDARAN KEBERSIHAN DAN PEMBUANGAN SISA PEPEJAL & KUMBAHAN KEPADA OPERATOR RUMAH BOT/BOT LAJU TASIK KENYIR
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
29/09/2022
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU, RABU,14 SEPTEMBER 2022: ‘CLEAN OUR LAKE, SAVE OUR NATURE’ Program Kesedaran Kebersihan dan Pembuangan Sisa Pepejal & Kumbahan kepada Operator Rumah Bot/ Bot Laju Tasik Kenyir, telah diadakan bertempat di Lawit Lodge Tasik Kenyir. Program di bawah Local Agenda 21 Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ini telah dirasmikan oleh Tn. Haji Lukema Meri bin Salleh@ Abdul Latif, Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu. Program ini diadakan bagi mewujudkan perkongsian antara Pihak Berkuasa Tempatan, masyarakat dan pihak swasta dalam kerjasama untuk merancang dan menguruskan kawasan persekitaran ke arah pembangunan mampan dan kualiti hidup yang lebih tinggi. Taklimat Fungsi dan Peranan Jabatan Alam Sekitar dalam menangani Isu-isu Pencemaran Kawasan Tasik Kenyir, antara ceramah yang disampaikan oleh Pn.Zaleha bt Abdullah, Pen. Peg. Kawalan Tertinggi di Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu. Pogram ini turut dihadiri oleh Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Pegawai KETENGAH, Ahli-ahli Majlis, Setiausaha dan kakitangan Majlis Daerah Hulu Terengganu. Ia juga disertai oleh kira-kira 50 orang pengusaha bot dan 80 orang Pensyarah dan pelajar Politeknik Daerah Hulu Terengganu.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan