Penerangan
28 Ogos 2022, Sri Aman- Kempen Pengumpulan Buangan Elektrikal & Elektronik (BEE) telah diadakan dengan jayanya bertempat di Ruang Legar Terminal Bus Sri Aman bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.
Kempen ini adalah anjuran bersama Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak dan Majlis Daerah Sri Aman.
Sambutan yang diterima adalah sangat menggalakkan.
Sebanyak 9.20 tan metrik (MT) buangan BEE telah berjaya dikumpulkan di sepanjang pelaksanaan kempen tersebut menjadikan jumlah BEE terkumpul sepanjang tahun sebanyak 151.9 tan metrik (MT).
Terima kasih kepada orang awam yang telah terlibat di dalam menjayakan kempen ini!
"E-WASTE DIKITAR, BUMI TERPELIHARA"