Penerangan
Tanjung Bin, Johor, 13 September 2022 : JAS Negeri Johor telah menjalankan lawatan kerja ke atas dua projek berkelulusan EIA yang berkepentingan awam bagi memastikan pematuhan terhadap syarat-syarat kelulusan EIA, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya dilaksanakan sepenuhya. Lawatan kerja diketuai oleh Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor, Dr. Mohd Famey bin Yusoff beserta pasukan dari Penguatkuasaan EIA.
Lawatan tapak yang dilaksanakan adalah untuk memberi gambaran yang jelas tentang status terkini projek yang berkepentingan awam dan juga menerima maklumbalas terus daripada penggerak projek. Perkara ini sangat penting untuk memastikan pematuhan berterusan oleh penggerak projek dalam mematuhi Syarat-Syarat Kelulusan EIA yang diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar.