Penerangan
Sambutan Hari Malaysia 2022 Peringkat Negeri Sabah telah berlangsung di Padang Merdeka pada 16 September 2022
Bertemakan ‘ Keluarga Malaysia,Teguh Bersama”, sambutan tahun ini diadakan dengan pelbagai persembahan dan acara menarik. Pemilihan tema kali ini menekankan usaha memupuk perpaduan, semangat cintakan negara dan menonjolkan nilai integriti serta jati diri dalam kalangan rakyat Malaysia.
Tuan Amirul Aripin, Pengarah JAS Negeri Sabah telah dijemput oleh Kerajaan Negeri Sabah bagi menghadiri malam kemuncak sambutan pada 16 September 2022