PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

SESI LIBAT URUS ANTARA JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) DAN JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA (JKR)

DOE Sabah 29/09/2022 3 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SESI LIBAT URUS ANTARA JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) DAN JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA (JKR)
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
29/09/2022
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>KUNDASANG

Penerangan

SESI LIBAT URUS ANTARA JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) DAN JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA (JKR) ?? Tarikh: 13 September 2022 (Selasa) ? Masa: 9.00 Pagi - 1.00 Petang ?? Tempat: Secara Hibrid (Bilik Mesyuarat Cempaka, JAS IP & Aplikasi Google Meet) ???? Pengerusi: YBrs. Dr. TKPP JAS Malaysia ?????????????? Wakil JAS Sabah: Pgh ABA, KPP(P) YY, PP(K) SJ & PP FM ?? Agenda Mesyuarat: ?? Perutusan Pengerusi; ?? Taklimat oleh JAS berhubung pemakaian Pemakaian Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) Ke Atas Agensi Kerajaan; ?? Taklimat oleh JKR berhubung isu dan cadangan mekanisma berkaitan Keperluan Surat Aku Janji Alam Sekitar bagi projek JKR; ?? Perbincangan; ?? Hal-hal lain; dan ?? Rumusan mesyuarat ?? Ringkasan Laporan Sesi Libat Urus: ?? Pihak Ibu Pejabat telah menerima pandangan perundangan daripada Kementerian Kerja Raya bahawa JKR merupakan sebuah Jabatan Kerajaan yang melaksanakan projek kerajaan dan tidak terikat kepada keperluan menandatangani Surat Aku janji alam sekitar sebagaimana yang dijelaskan dalam Environmental Impact Assessment (EA) Guidelines in Malaysia (EGIM) dan dikehendaki oleh Jabatan Alam Sekitar. ?? Sesi libat urus JKR bersama Jabatan ini adalah bertujuan bagi membincangkan strategi pelaksanaan Kajian Penilaian Kepada Alam Sekeliling (ElA) untuk projek-projek fizikal yang dilaksanakan oleh JKR di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12). ?? Projek-projek fizikal yang dilaksanakan oleh JKR di Sabah seperti pembinaan jalan raya adalah tertakluk di bawah keperluan EIA JPAS di bawah Aktiviti 12(ii), Perintah Perlindungan Alam Sekitar (Aktiviti Yang Ditetapkan) 2005, Enakmen Perlindungan Alam Sekitar 2002 dan pembinaan loji sistem pengolahan kumbahan adalah tertakluk EIA di bawah JAS di bawah Aktiviti 14(c)(i), Jadual Pertama, Perintah EIA 2015 yang mana sebelumnya wujudnya Enakmen Perkhidmatan Pembetungan 2017 adalah projek di bawah JKR. ?? Hasil Sesi Libat Urus yang dipersetujui antara JAS dan JKR: (i) Surat Aku Janji Alam Sekitar (Environmental Pledge) masih perlu dikemukakan dan ditandatangani oleh JKR selaku penggerak projek selaras dengan keperluan di bawah garis panduan EGIM 2016. (ii) Satu jawatankuasa dalaman ditubuhkan di pihak JKR bagi menyelaras sesi consultation dengan pihak JAS bagi memastikan maklumat yang dikemukakan bagi mendapatkan pengesahan keperluan EIA adalah lengkap dan mencukupi untuk pihak JAS membuat keputusan. (iii) Tempoh piagam pemprosesan Laporan EIA kekal 25 hari bekerja bagi Jadual Pertama dan 60 hari bekerja bagi Jadual Kedua. Bagi mempercepatkan proses EIA, pihak JKR hendaklah memastikan Laporan EIA yang disediakan oleh Jururunding EIA dan dikemukakan kepada JAS adalah lengkap dan berkualiti. (iv) Pemberian pengecualian EIA perlu diteliti oleh pihak JAS berdasarkan kepada 'case by case basis' yang mana bergantung kepada aktiviti projek, kesensitifan tapak projek dan maklumat-maklumat teknikal lain yang kritikal dan tidak berdasarkan skala projek atau istilah menaiktaraf semata-mata.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan