Penerangan
PEMBENTANGAN DAN PERBINCANGAN MAKLUMBALAS NOTIS ARAHAN PREMIS PTTEP SABAH OIL LIMITED
?? TARIKH : 12 September 2022 (Isnin)
?? MASA : 02.30 petang - 04.00 petang
?? TEMPAT : Bilik Mesyuarat Sipadan JAS Sabah
????? WAKIL JAS SABAH :
1?? Tuan Pengarah
2?? KPP(P)
3?? PP(K)(SJ)
????????????PTTEP SABAH OIL LIMITED:
1?? YM Tengku Saifuzzaman Tengku Ahmad Shahruddin
2?? Encik Mohd Jailanee Othman
3?? Encik Ts. Mohamad Saufi Supar
4?? Puan Lindawati Abdul Latip
PERKARA-PERKARA YANG INGIN DIMAKLUMKAN :
1?? Susulan aduan yang telah diterima Jabatan melalui emel terhadap premis PTTEP Limited Sabah Oil Limited bagi projek Pembangunan Laut Dalam Siakap - North Petai (SNP), Notis Arahan Di Bawah Seksyen 37 telah dikemukakan terhadap premis pada 16/08/2022.
2?? Pihak premis dikehendaki menjelaskan prosedur atau kaedah persampelan air marin yang telah dilaksanakan oleh jururunding premis berdasarkan kelulusan EIA dan EMP melalui laporan EMR yang telah dikemukakan kepada Jabatan.
3?? Pihak PTTEP memaklumkan bahawa kelulusan EIA dan EMP projek yang telah diperolehi pada tahun 2012 telah mensyaratkan laporan EMR terutamanya keputusan persampelan air marin dikemukakan setahun sekali.
4?? Kelulusan EMP juga telah menggariskan kaedah persampelan dijalankan pada dua (2) kedalaman iaitu surface dan bottom bagi deepwater. Walaubagaimanapun, EIA Guidelines Petroleum Industries yang dikeluarkan Jabatan pada tahun 2018 telah menggariskan tiga (3) kedalaman iaitu surface, middle dan bottom.
5?? PTTEP turut melaporkan data EMR bagi persampelan air marin bermula tahun 2013 sehingga 2021 mencatatkan tiada sebarang ketidakpatuhan yang telah direkodkan.
6?? Selepas pembentangan, penerangan terperinci serta sesi soal jawab diantara Jabatan dan pihak PTTEP, ketua delegasi PTTEP, YM Tengku Saifuzzaman Tengku Ahmad Shahruddin telah menyerahkan surat rasmi maklumbalas notis arahan berserta dokumen dan maklumat berkaitan kepada Tuan Pengarah JAS Sabah.