PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PENDUDUK GEMPAR AIR LONGKANG BERTUKAR JINGGA

DOE Selangor 29/09/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENDUDUK GEMPAR AIR LONGKANG BERTUKAR JINGGA
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
29/09/2022
Organisasi
DOE Selangor

Penerangan

SHAH ALAM, 23 September 2022- Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor lewat petang semalam telah bergegas ke lokasi sebaik menerima aduan penduduk di sekitar Kg. Jawa, Klang yang gempar apabila melihat air longkang bertukar menjadi warna jingga. Kejadian berlaku berhadapan SJKT Batu Empat, Jalan Kebun. Siasatan mendapati punca kejadian adalah daripada sebuah kedai barangan ‘hardware’ berdekatan yang menjalankan cucian lantai akibat tumpahan tong-tong cat di premis berkenaan. Pemilik premis telah diberikan arahan untuk segera menyedut air berwarna dan mengemukakan laporan kerja-kerja pembersihan kepada pihak JAS untuk semakan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan