PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS|Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

SAMBUTAN HARI OZON SEDUNIA 2022 PERINGKAT KEBANGSAAN , GAMUDA COVE DENGKIL

DOE Selangor 29/09/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SAMBUTAN HARI OZON SEDUNIA 2022 PERINGKAT KEBANGSAAN , GAMUDA COVE DENGKIL
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
29/09/2022
Organisasi
DOE Selangor

Penerangan

SEPANG, 24 September 2022 - YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man, Menteri Alam Sekitar dan Air telah menyempurnakan perasmian Sambutan Hari Ozon Sedunia 2022 Peringkat Kebangsaan dengan tema “Montreal Protocol@35 – Global Cooperation Protecting Life on Earth” yang diadakan di Gamuda Cove, Dengkil, Selangor. Tema tahun ini adalah isyarat bahawa Protokol Montreal telah memberikan sumbangan penting dalam melindungi lapisan ozon dan menangani perubahan iklim. Dalam majlis ini YB Menteri KASA telah menyampaikan watikah lantikan kepada 11 Pusat Latihan Bertauliah Kolej Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia dan sijil Penghargaan kepada Rakan Strategik Alam Sekitar (RSAS) serta hadiah kepada pemenang-pemenang Asia Pacific Regional Ozone2Climate Art Contest. Bagi memantapkan pendidikan dan kesedaran di peringkat sekolah, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dengan kerjasama strategik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah berjaya mentauliah 11 Kolej Vokasional sebagai Pusat Latihan Bertauliah bagi melaksanakan program Pensijilan Juruteknik Servis penyaman udara. Tenaga pengajar daripada Kolej Vokasional juga telah dilatih dan diuji sebagai Master Trainer untuk melatih juruteknik servis yang berwibawa bagi mengendalikan refrigeran kelengkapan penyejukan dan peralatan penyaman udara. Dengan ini, juruteknik akan mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam pengurusan refrigeran yang menyumbang kepada perlindungan lapisan ozon. Turut hadir Dato' Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang, Ketua Setiausaha KASA, Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembetungan) KASA, En Wan Abdul Latiff bin Wan Jaffar, Ketua Pengarah Alam Sekitar, En Jamalulail bin Abu Bakar, Setiausaha Bahagian Pengurusan Alam Sekitar KASA, Dr. Norhazni binti Mat Sari, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JAS, Pn Mashitah binti Darus, Pengarah Bahagian Udara JAS yang menjalankan tugas Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAS, pegawai-pegawai KASA, pengarah-pengarah bahagian JAS ibu pejabat dan JAS negeri, wakil-wakil rakan strategik, pelajar-pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dengkil dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Sempena Sambutan Hari Ozon Sedunia 2022 Peringkat Kebangsaan pada hari ini, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti Walk for Ozone, pertandingan mewarna dan permainan Snakes and Ladder untuk kanak-kanak serta Treasure Hunt. Selain itu, program Roadshow Ozone2Climate Technologies in Refrigeration and Air Conditioning Sector, pelbagai program promosi dan kesedaran yang turut melibatkan JAS Negeri akan diadakan sepanjang bulan September dan Oktober ini, yang juga sebagai persediaan sambutan Hari Alam Sekitar Negara yang akan diadakan pada 22 Oktober 2022 nanti. JAS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua agensi dan pihak berkepentingan yang terlibat dalam menjayakan pelaksanaan Protokol Montreal di Malaysia. JAS juga amat menghargai kerjasama erat daripada rakan-rakan strategik Sambutan Hari Ozon Sedunia 2022 iaitu Daikin Malaysia, Panasonic Air Conditioning Malaysia, Proton, Dagang Net Technologies Sdn Bhd, Hyundai-Sime Darby Motors Sdn Bhd, Tri Ecoedge Sdn Bhd dan Gamuda Land sebagai penyedia lokasi program hari ini.