Penerangan
Kawasan Perindustrian Kelapa Sawit, Kulai, 13 September 2022 : Pemeriksaan verifikasi dijalankan di sebuah premis yang berasaskan makanan berdasarkan penerimaan dokumen Akuan Bertulis di bawah Peraturan 5(3) & 5(4), PPKAS (Efluen Perindustrian) 2009.
Hasil pemeriksaan verifikasi mendapati pihak premis dan perunding mengemukakan maklumat yang perlu dilengkapkan pada lukisan "as-built".
Pemeriksaan lapangan mendapati rekod pemantauan prestasi SPEP tidak diambil bacaan yang tepat dan keadaan unit proses dan operasi dalam keadaan yang tidak memuaskan. Pemeriksaan lapangan SPEP dijalankan mendapati Collection Sump diarahkan untuk desludging dengan kadar segera. Disamping itu premis perlu membuat tembok pemisahan SPEP bagi mengelakkan perkara tidak diingini dan dapat dikawal. Alat pemantauan prestasi juga perlu dilengkapkan sebagaimana kehendak Dokumen Panduan Jabatan.
Pelantikan OYB juga diarahkan untuk ditambah bagi memastikan terdapat OYB sepanjang SPEP beroperasi.
Satu "field citation" telah dikeluarkan supaya premis dan perunding mengambil langkah tindakan pembetulan pada lukisan kejuruteraan dan rekod pemantauan prestasi mengikut rekabentuk dan operasi yang dicadangkan.
“Alam Sekitar Bersih & Ceria, Rakyat Aman & Sejahtera”