PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

KILANG MEMPROSES BIOMAS DIKENAKAN TINDAKAN PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN

DOE Johor 29/09/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KILANG MEMPROSES BIOMAS DIKENAKAN TINDAKAN PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
29/09/2022
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

17 Ogos 2022, Segamat: Sebuah kilang memproses biomas yang terletak di Segamat Inland Port telah dikenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 oleh Jabatan Alam Sekitar Cawangan Muar kerana didapati melakukan pintasan dan mengakibatkan pelepasan efluen tidak terawat ke perparitan awam. Tindakan POK diambil bagi menghentikan pelepasan efluen yang tidak terawat daripada terus berlaku yang seterusnya boleh mengakibatkan pencemaran. Selain itu, premis diarahkan untuk mengambil langkah pembaikan dalam tempoh POK tersebut. Kes akan disiasat di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009. Jika disabitkan kesalahan, premis boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama suatu tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan