PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PENGUATKUASAAN & PEMERIKSAAN VERIFIKASI SISTEM KAWALAN PENCEMARAN UDARA

DOE Johor 29/09/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENGUATKUASAAN & PEMERIKSAAN VERIFIKASI SISTEM KAWALAN PENCEMARAN UDARA
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
29/09/2022
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, 16 Ogos 2022 : Penguatkuasaan dan pemeriksaan verifikasi dijalankan di sebuah premis yang bukan ditetapkan yang berasaskan pemprosesan minyak, berdasarkan penerimaan dokumen Perisytiharan Bertulis di bawah Peraturan 7, Peraturan - Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (PPKAS) (Udara Bersih) 2014. Hasil penguatkuasaan dan pemeriksaan verifikasi dua (2) "field citation" telah dikeluarkan supaya premis dan perunding mengambil tindakan untuk menyemak semula dan melengkapkan rekod pemantauan prestasi SKPU dan mengemukakan semula Perisytiharan Bertulis. Premis juga diarahkan untuk menyemak semula Lukisan Kejuruteraan Sebagaimana Binaan bagi memastikan peralatan diisytihar adalah seperti di lapangan. Premis dinasihatkan untuk menambah Orang Yang Berwibawa bagi memastikan keberadaan OYB sepanjang alat kawalan beroperasi selaras kehendak Peraturan 7(4), PPKAS (Udara Bersih) 2014. Jabatan ingin mengingatkan bahawa pengoperasian sesuatu sistem alat kawalan harus dipantau secara keseluruhan bagi memastikan alat kawalan berfungsi secara optimum.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan