Penerangan
15 Ogos 2022, Pasir Gudang : Sebuah kilang yang menjalankan aktiviti pembuatan makanan telah dikenakan tindakan penahanan operasi kelengkapan di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 oleh Jabatan Alam Sekitar Cawangan Pasir Gudang sehingga satu tarikh untuk kilang membuat penambahbaikan ke atas sistem pengolahan efluen (SPE). Semasa siasatan, didapati premis tersebut telah melepaskan efluen tidak terawat ke longkang awam. Enam (6) kompaun bernilai RM 12,000.00 turut dikeluarkan ke atas premis atas kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009. Sebanyak 4 sampel efluen daripada kilang turut diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia (JKM) untuk dianalisis dan bagi tindakan selanjutnya.
Pihak industri adalah diingatkan supaya meningkatkan pematuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya serta memastikan alam sekitar sentiasa terpelihara.