Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- KUNJUNGAN MUHIBBAH “JIWA MURNI, ALAMKU LESTARI” SEMPENA HARI OZON SEDUNIA 2022
- Tahun
- 2022
- Tarikh Keluaran
- 23/09/2022
- Organisasi
- DOE Pulau Pinang
Penerangan
17 September 2022 (Sabtu), JAS Pulau Pinang mengadakan kunjungan muhibbah ke Resident Naval Officer Penang-TLDM Penang (RNO). Program ini diadakan dengan kerjasama Pertubuhan Nur Salam Wilayah Utara. Rombongan ini disambut oleh Leftenan Komander Muhammad Fadhil bin Samsuddin, Pegawai Memerintah Wakil Tentera Laut Diraja Malaysia Pulau Pinang. Antara aktiviti yang diadakan adalah penanaman pokok pinang dan pokok bunga cendana di sekitar kawasan RNO. JAS Pulau Pinang turut menerima pendaftaran Rakan Alam Sekitar (RAS) seramai 16 orang daripada RNO dan 162 daripada Pertubuhan Nur Salam Wilayah Utara.