Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PENGUMPULAN BUANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (E-WASTE) DI SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN EMPAT, BANDAR BARU BANGI, SELANGOR
- Tahun
- 2022
- Tarikh Keluaran
- 23/09/2022
- Organisasi
- DOE Selangor
Penerangan
20 Ogos 2022
Bandar Baru Bangi
Sekolah Kebangsaan Jalan Empat, Bandar Baru Bangi dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor telah mengadakan program pengumpulan buangan elektrik dan elektronik (e-waste). Pengumpulan telah diadakan selama lima hari bermula pada 15 Ogos sehingga 19 Ogos 2022 telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid-murid, guru dan ibu bapa sekolah tersebut. Sebanyak 1.1365 kg e-waste telah berjaya dikumpul sepanjang kempen tersebut.
Komitmen yang ditunjukkan oleh warga sekolah SK Jalan Empat diharap dapat diteruskan bagi memastikan pengurusan buangan elektrik dan elektronik (e-waste) diuruskan dengan kaedah yang betul.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah atas komitmen dan sokongan pihak sekolah dalam usaha melestarikan alam sekitar.
"E-waste dikitar bumi terpelihara"