PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

PERHIMPUNAN BULANAN BIL 2/2022 JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI SELANGOR

DOE Selangor 23/09/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PERHIMPUNAN BULANAN BIL 2/2022 JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI SELANGOR
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
23/09/2022
Organisasi
DOE Selangor

Penerangan

Shah Alam, 24 Ogos 2022 – Perhimpunan Bulanan Bil. 2/2022 telah diadakan bertempat di pejabat JAS Negeri Selangor. YBrs. Puan Nor Aziah binti Jaafar, Pengarah JAS Selangor dalam ucapannya antara lain, telah menekankan akan kepentingan memelihara etika dan integriti serta tahap profesionalisme semasa berurusan dengan pelanggan. Perhimpunan pada kali ini menyelitkan acara kibaran Jalur Gemilang menjelang sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-65 pada 31 Ogos nanti dan nyanyian lagu-lagu patriotik bagi menyemarakkan rasa kecintaan kepada tanah air. Pada perhimpunan ini juga, turut diadakan majlis persaraan Puan Zubaidah binti Bukhari, Setiausaha Pejabat kepada Puan Pengarah JAS Selangor. Seluruh warga JAS Selangor ingin merakamkan ucapan terima kasih atas jasa yang disumbangkan dan semoga Puan Zubaidah berbahagia menempuh alam persaraan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan