Penerangan
Shah Alam, 24 Ogos 2022- JAS Negeri Selangor telah menjalankan sesi penutup bagi Audit Kualiti Dalaman (AKD) MS ISO 9001:2015. Sesi tersebut telah dipengerusikan oleh YBrs. Puan Nor Aziah Jaafar, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor.
Program Audit Kualiti Dalaman MS ISO 9001:2015 selama 3 hari ini telah bermula pada 22 hingga 24 Ogos 2022 telah memfokuskan kepada pematuhan terhadap keperluan Standard MS ISO 9001:2015 bagi skop Pemprosesan Laporan EIA dan Penguatkuasaan Syarat-Syarat Kelulusan EIA.