Penerangan
14 September 2022, Kangar - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis dengan kerjasama Institut Kemahiran MARA Beseri telah berjaya mengadakan Seminar Kesedaran Kepentingan & Perlindungan Lapisan Ozon Sempena Sambutan Hari Ozon Sedunia 2022 Peringkat Negeri Perlis kepada pelajar-pelajar IKM Beseri, Perlis. Antara pengisian aktiviti adalah ceramah kepentingan perlindungan lapisan ozon dan pengurusan buangan terjadual di bengkel servis kenderaan serta demonstrasi penggunaan mesin Refrigerent Identifier (RI).
Program dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis, Ts. Mohamad Fitri bin Said.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak pengurusan IKM Beseri dan kakitangan Jabatan ini dalam menjayakan program ini. Semoga program kesedaran alam sekitar seperti ini dapat memupuk kesedaran tentang penjagaan alam sekitar terutamanya kepentingan melindungi lapisan ozon kita untuk generasi masa depan.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jasperlis
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasperlis_september2022