PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

LAPORAN PEMANTAUAN KERJA-KERJA PEMBENDUNGAN DAN PEMBERSIHAN TUMPAHAN MINYAK DI PREMIS STESEN JANAKUASA KIMANIS, KIMANIS POWER PLANT (KPP)

DOE Sabah 23/09/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAPORAN PEMANTAUAN KERJA-KERJA PEMBENDUNGAN DAN PEMBERSIHAN TUMPAHAN MINYAK DI PREMIS STESEN JANAKUASA KIMANIS, KIMANIS POWER PLANT (KPP)
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
23/09/2022
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah

Penerangan

??TARIKH SIASATAN : 12 September 2022 (Isnin) ?? MASA : 09.00 pagi – 5.00 petang ??PASUKAN : PPKK(SL) & PJ(MFM) 1?? Kerja-kerja pembersihan masih dijalankan oleh pihak KPP dengan menggunakan absorbent pad, sheet _ dan _boom. KPP juga telah membuat tempahan alatan ini sebagai tambahan untuk operasi pembersihan. 2?? Bau dan kesan minyak masih ada namun telah semakin berkurangan. KPP juga telah menggunakan absorbent pad dan sheet pada parit premis bagi mengelakkan lebih banyak minyak yang mengalir ke muara sungai. 3?? Lawatan juga telah dijalankan ke atas stor buangan terjadual premis bagi memeriksa penstoran alat yang digunakan untuk pembersihan minyak. Alat tersebut telah dikategorikan sebagai SW410 dengan penghasilan sebanyak 400 kg bermula 10 September 2022 sehingga masa pemeriksaan. Kemaskini penghasilan buangan terjadual akan dilaksanakan pada penghujung bulan September 2022 oleh premis. 4?? Pemeriksaan ke atas punca kejadian iaitu di bahagian proses premis mendapati dimaklumkan bahawa kejadian ini berlaku kali pertama dalam tempoh sepanjang premis ini mula beroperasi. Kejadian ini berlaku akibat hujan lebat luar jangka yang menyebabkan limpahan air daripada _sump pit _ dan parit premis. 5?? Premis masih menjalankan siasatan terperinci mengenai kehadiran diesel di dalam _sump pit _ premis. 6?? Premis telah diberikan Field Citation (FC) semasa lawatan. 7?? Laporan serta kemaskini Nota Makluman (NM) berserta syor akan dikemukakan untuk ketetapan. Pemantauan susulan akan dijalankan. ?? Rondaan OMPT: Tiada PT yang dikesan semasa rondaan dijalankan. ??Cuaca : Cerah semasa siasatan dijalankan. Sekian, dimaklumkan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan