Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PROGRAM AUDIT KUALITI DALAMAN MS ISO 9001 DI JAS MELAKA
- Tahun
- 2022
- Tarikh Keluaran
- 23/09/2022
- Organisasi
- DOE Melaka
Penerangan
Audit Kualiti Dalaman (AKD) MS ISO 9001 telah dijalankan pada 5- 7 September 2022di Jabatan alam Sekitar Melaka dengan melibatkan Ketua Juruaudit Dalaman En. Amin bin Ghazali dan barisan Juruaudit Dalaman seramai 3 orang daripada JAS Johor puan Maslela’a dan Puan Rafida Abu dan JAS Ibupejabat En. Ahmad Mazhar Mansor.
Skop proses kerja yang dinilai memfokuskan kepada pematuhan terhadap keperluan Standard MS ISO 9001 iaitu prosedur memproses Laporan kajian Kesan kepada Alam Sekitar (EIA), Prosedur Penguatkuasaan Syarat-Syarat Kelulusan EIA, Prosedur Pengurusan Risiko dan audit ke atas proses sokongan seperti kawalan rekod, latihan dan penyelenggaraan kenderaan.
Setinggi penghargaan dan berbanyak terima kasih kepada Ketua Audit dan Pasukan Audit Dalaman dan semua warga Jabatan Alam Sekitar yang terlibat yang terlibat dalam menjayakan Audit Dalaman MS ISO 9001 ini dengan tiada penemuan NCR (Non Compliance Report) ditemui semasa sesi AKD dilaksanakan.