PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS|Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

MAJLIS PENGANUGERAHAN SEKOLAH LESTARI - ANUGERAH ALAM SEKITAR (SLAAS) PERINGKAT NEGERI PAHANG SESI 2020/2022

DOE Pahang 11/09/2022 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MAJLIS PENGANUGERAHAN SEKOLAH LESTARI - ANUGERAH ALAM SEKITAR (SLAAS) PERINGKAT NEGERI PAHANG SESI 2020/2022
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
11/09/2022
Organisasi
DOE Pahang
Lokasi
Pahang

Penerangan

LANCHANG, 2 September 2022 - ''Unik suasana penyampaian anugerah sekolah lestari'', salah satu maklumbalas yang kami terima dari salah seorang hadirin majlis Penganugerahan Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) Sesi 2020/2022 peringkat Negeri Pahang. Sambutan diadakan dalam suasana kampung yang indah dan nyaman di dewan orang ramai Kg. Sementeh, Lanchang, Pahang. Tahniah kepada pemenang kategori sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Pulai, Temerloh dan kategori Sekolah Rendah iaitu SJKT Ringlet, Cameron Highlands. Semua pemenang membawa pulang hadiah wang bernilai RM2,000 beserta plak penghargaan dan sijil penyertaan. Hadiah tersebut telah disampaikan oleh YB. YB. Dato' Sri Haji Mohd.Sharkar Bin Haji Shamsudin, Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang. Pihak JAS Pahang juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tenaga Nasional Berhad Negeri Pahang, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, semua Pejabat Pendidikan Daerah, Pejabat Penghulu Kuala Semantan 2, Persatuan Ibu Tunggal Temerloh JPKK Sementeh di atas kerjasama yang sangat baik dalam menjayakan program ini. Tidak lupa juga kepada semua sekolah yang telah menyertai pertandingan SLAAS yang dianjurkan pada tahun ini.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan