PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

KAYUHAN HIJAU RAKAN ALAM SEKITAR 2022

DOE Pahang 11/09/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KAYUHAN HIJAU RAKAN ALAM SEKITAR 2022
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
11/09/2022
Organisasi
DOE Pahang
Lokasi
Pahang>Kuantan

Penerangan

KUANTAN, 28 Ogos 2022 - Meriah sungguh sambutan program Rakan Alam Sekitar (RAS) yang diadakan pada hari ini, 28 Ogos 2022 bermula jam 7.30 pagi di Arena Terbuka Dato' Sri Abdul Manan, Bukit Rangin, Kuantan, Pahang. Lebih 200 peserta dari pelbagai golongan bermula anak muda sehingga golongan otai. Tidak ketinggalan juga penyertaan dari peserta kayuhan yang level pro dan yang amatur. Ahli Dewan Negeri sendiri, YB Mohd Tarmizi bin Yahya turut sama berkayuh basikal dari awal hingga ke garisan penamat. Peserta yang berdaftar menerima Baju + Medal + Race Bibs + peluang memenangi Cabutan Bertuah iaitu TV 42", telefon bimbit, basikal serta barangan lain. Peserta juga dibekalkan dengan bendera kecil untuk diletakkan di basikal masing-masing sempena sambutan di bulan kemerdekaan. Majlis Penutup program diadakan selepas semua peserta tiba di garisan penamat dengan gimik menanam pokok di lokasi berhampiran. Ucapan aluan disampaikan oleh YBhg Tuan Haji Mohd Sani bin Mat Daud, Pengarah JAS Pahang dan Perasmian Penutup disampaikan oleh YB Mohd Tarmizi bin Yahya, ADN Pancing. Disamping itu, kempen pengumpulan e-waste turut diadakan di lokasi program bersama-sama dengan pendaftaran ahli RAS.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan