Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- LAWATAN KE TAPAK CADANGAN PEMBINAAN PILOT PLANT UNTUK MEMPROSES BIOPEPEJAL IWK KEPADA BAJA PALET SEBAGAI BAJA ORGANIK UNTUK TANAMAN LANSKAP DAN TANAMAN BUKAN MAKANAN
- Tahun
- 2022
- Tarikh Keluaran
- 11/09/2022
- Organisasi
- DOE WP Kuala Lumpur
Penerangan
KUALA LUMPUR, 15 Ogos 2022 - Pegawai-pegawai JASWPKL yang diketuai oleh Dato'Ts. Dr. Hj. Mohammad Ezanni Bin Mat Salleh telah mengadakan satu lawatan tapak ke Loji Rawatan Kumbahan IWK Titiwangsa bagi cadangan pembinaan pilot plant untuk memproses biopepejal IWK kepada baja palet sebagai baja organik untuk tanaman lanskap dan tanaman bukan makanan.
Tujuan lawatan tapak adalah mendapatkan maklumat yang tepat di tapak cadangan projek berdasarkan kehendak dan selaras dengan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.
Turut hadir bersama adalah wakil pengurusan IWK Kuala Lumpur dan wakil Tan Sri Abu Kassim bin Mohamed, Pengerusi Koperasi Kebuniti Selangor Berhad (KOBUNITI) yang terlibat dengan projek ini.