PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPERASI GERAK BERSEPADU MERDEKA (OPS GERAK) JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

DOE WP Kuala Lumpur 11/09/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI GERAK BERSEPADU MERDEKA (OPS GERAK) JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
11/09/2022
Organisasi
DOE WP Kuala Lumpur

Penerangan

OPERASI GERAK BERSEPADU MERDEKA (OPS GERAK) JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (JASWPKL), JABATAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK (JSPT) PERONDA LEBUHRAYA, JABATAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK KUALA LUMPUR JSPTKL, JABATAN PENGANGKUTAN JALAN LEBUHRAYA (JPJ), AGENSI ANTI DADAH KEMBANGSAAN (AADK) DAN PERONDA PLUS 30 Ogos 2022, Kuala Lumpur – JASWPKL telah menjalankan Operasi Gerak Bersepadu Merdeka (Ops Gerak) bersama JSPT Peronda Lebuhraya, JSPT Kuala Lumpur, JPJ Lebuhraya, AADK dan PLUS bermula jam 9.00 malam hingga jam 2 pagi bertempat di Plaza Tol Sg. Besi dan Jalan Pahang, Kuala Lumpur. Operasi ini melibatkan seramai 20 pegawai dari JASWPKL, 33 pegawai dan anggota dari JSPT Lebuhraya , 26 pegawai dan anggota JSPT Kuala Lumpur , 25 pegawai dan anggota dari JPJ, 13 pegawai dari AADK dan 14 pegawai dari PLUS Ronda. Penguatkuasaan oleh JASWPKL tertumpu kepada penguatkuasaan Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987. Dalam operasi ini, JASWPKL telah menjalankan sebanyak 200 ujian visual. Dari jumlah tersebut, sebanyak 25 kenderaan telah diuji dengan menggunakan meter bunyi bising serta lapan kompaun dan Notis Arahan di bawah Peraturan 4, PPKAS, 1987 dan Seksyen 48A, AKAS 1974 telah dikeluarkan. Operasi dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan