Penerangan
KEMPEN 1RAS 1POKOK SEMPENA PROGRAM CINTAI ALAM SEKITAR ANJURAN BERSAMA MAJLIS PENGURUSAN KOMUNITI KAMPUNG (MPKK) KG. SRI REPAH, TAMPIN
1 September 2022, TAMPIN -Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan telah bekerjasama dengan MPKK Kg. Sri Repah, Tampin, guru-guru dan para pelajar Sekolah Tinggi Chung Hua serta agensi-agensi kerajaan di daerah Tampin dalam mengadakan Program Cintai Alam Sekitar Sempena Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2022 yang diadakan di Sungai Jeram, Sri Repah, Tampin.
Aktiviti 1 RAS 1 Pokok ini telah disempurnakan oleh Datuk Dr Hassan Bahrom, Ahli Parlimen Tampin, Penolong Pegawai Daerah Tampin, Encik Zainuzzaman Md Nor dan juga Encik Mohd Asri bin Ramli, Ketua Penolong Pengarah, JAS Negeri Sembilan dengan diiringi Pengerusi MPKK Kg. Sri Repah, Tampin, Encik Azman bin Ali Badaruddin bersama-sama pelajar-pelajar dan guru-guru Sekolah Tinggu Chung Hua.
Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar serta lapisan masyarakat bahawa penanaman pokok-pokok baharu dapat membantu menyerap karbon dioksida dari udara yang akhirnya mengurangkan kesan gas rumah hijau di samping menghirup udara segar yang datangnya daripada pokok yang ditanam.