Penerangan
PAMERAN SEMPENA HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN) PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2022 DI KG. SERI REPAH, TAMPIN
1 September 2022, TAMPIN – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan telah mengadakan aktiviti pameran dalam Program Cintai Alam Sekitar sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2022 di Kampung Sri Repah, Tampin.
Program telah diadakan dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Kg Sri Repah Tampin dan turut disertai oleh guru-guru dan pelajar-pelajar dari Sekolah Tinggi Chung Hua.
Pameran yang diadakan ini bertujuan bagi menunjukkan fungsi atau tugas- tugas Jabatan Alam Sekitar (JAS) disamping mempromosikan kempen pengumpulan ewaste untuk memastikan pengurusan e-waste yang baik dan sempurna selepas end of life produk tersebut.